Folio Reka Cipta SPM
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
SELAMAT DATANG ππ !!!!!
Memperkenalkan nama popular saya ialah Sella , so just call me Sella .. This is my first blog and im so excited .. Di blog ni saya nak bercerita tentang kehidupan,pendidikan,emosi dan lain-lain.
Ingin saya memperkenalkan sedikit latar belakang saya untuk anda yang membaca ini .
Saya menetap di Perak dan berumur 17 tahun ini .. Saya di sekolah ambil aliran sains kut , hahahaha dalam aliran saya ada sains komputer,reka cipta dan matematik tambahan . Saya seorang pembimbing rakan sebaya (PRS) yang berjawatan naib presiden di sekolah .
Itu sahaja latar belakang saya ,
Sebenarnya tajuk hari ini ialah folio reka cipta spm kan , so disini saya ingin menceritakan sedikit tentang tajuk ini .
Semasa di tingkatan 4 2017 , saya telah ambil subjek reka cipta dan reka cipta ini mempunyai folio ataupun di kenali sebagai kerja khusus .
Folio reka cipta ini mempunyai kelebihan untuk SPM kita untuk subjek ini , sebabnya dengan membuat kerja khusus ini kita akan dapat 30 markah dalam tangan jika folio ini kita lakukan dengan baik.
So dalam exam spm nanti kita kena score 70 markah untuk cemerlang ( A+)
Untuk tingkatan 4 , kita akan buat permulaan untuk folio ini . cikgu akan bagi tajuk dan kita kena cipta sesuatu yang bersesuaian dengan tajuk .
Contohnya , saya pada tahun 2017 dapat cara mencegah haiwan perosak . seperti yang kita tahu , haiwan perosak seperti tikus,lalat,lipas dan sebagainya . jadi saya harus mencipta sesuatu perangkap yang boleh mencegah haiwan perosak . saya telah memilih tikus sebagai haiwan perosak untuk perangkap yang bakal saya cipta .
Di form 4 , kita hanya perlu menyatakan masalah,memghasilkan lukisan perangkap,menghasilkan idea ciptaan yang menggunakan otak,kertas A3,pensil,pemadam,pembaris dan pen marker sahaja .
Proses ini mengambil masa selama 3 bulan dengan bimbingan guru reka cipta anda .
Kelas tambahan memang begitu mencabar bagi saya dan amat memenatkan tetapi kadangkala timbul rasa keseronokan . hahahaha . contohnya saya dan 4 rakan lain agar lambat menyiapkan folio ketika itu dan saya antara orang yang pertama siap di antara yang terlambat .Ketika itu , kami ber6 termasuk cikgu kami terpaksa membuat kelas tambahan dari balik sekolah pada pukul 2 hingga jam 6 lebih dan ada juga hingga jam 9 malam . walaupun begitu ketika itu , kami mengerti erti kerjasama,tanggungjawab dan setia kawan . Hal ini kerana walaupun saya telah siap , saya menghadiri kelas tambahan untuk membantu rakan-rakan saya yang lain . dan kami mula rapat kerana kami saling membantu antara satu sama lain . Selain itu , rakan saya juga sudi membantu saya tanpa mengeluh . Nilai murni ini amat mendidik diri saya agar lebih peka dan menjadikan kami bersatu padu .
Ok sorry tercerita pasal memori indah pula , hahahahha
Setelah kepenatan dan kesusahan yang menggembirakan selama 3 bulan , akhirnya pentaksir reka cipta telah datang untuk memberikan markah kepada folio kami setimpal dengan hasil usaha kami .
cikgu kami kata pentaksir tahun 2017 ini , agak cerewet kerana beliau merupakan orang lama dalam bidang itu .
Setelah berdebar menanti keputusan , akhirnya cikgu kami menyatakan bahawa kami satu kelas seramai 16 orang telah mendapat markah penuh 20/30 , kami bersyukur untuk itu kerana ia seiakan berbaloi dengan pengorbanan kami , contoh pengorbanan kami ialah tidak bercuti walaupun ketika itu sekolah bercuti seminggu,dtang ke sekolah pada hari sabtu dan ahad,setelah habis waktu sekolah pergi kelas tambahan pula walaupun ketika itu kami sedang menjalani peperiksaan akhir tahun .
Itulah penamat yang indah sekali .
Untuk 2018 pula , form 5 , folio rekacipta ini kami perlu mencipta dan menghasilkan idea akhir kami di lukisan ketika form 4 .
Ketika ini saya masih dalam proses membuat ortografik dan isometri dalam laptop menggunakan app autocad .
Untuk ini , ia akan mendapat 10 markah jika kami berjaya melakukan dengan baik dalam mengcipta perangkap idea kami sendiri .
20 markah untuk form 4 dan 10 markah untuk form 5 .
Masa ini , saya rasakan untuk mendapat 20 markah itu sebenarnya senang manakala 10 markah itu sebaliknya . Jadi berusaha lah sebaik mungkin junior-junior reka ciptaku
FIGHTING !!!
Sebarang maklum balas , komen dan pertanyaan jika anda keliru atau ingin bertanya secara persendirian sila email kepada saya , saya amat mengalu-alukan pertanyaan daripada kalian semua .
Inshaallah di lain hari , saya akan bercrita tentang kerja khusus sains komputer pula .
SELAMAT TINGGAL , muah ciked πππππ
Email : Suhaila.kjk@gmail.com
BONUS : Perangkap yang bakal saya hasilkan , idea macam merepek sikitkan ? tak apalah asalkan tak sama dengan kawan lain dan dah dapat markah 20 dah π
TAHNIAH. PERKONGSIAN YANG BAIK...TERUSKAN USAHA..INSYA ALLAH A++ MILIK ANDA
BalasPadamMacam mane awak dapat idea tuππ otak saya tak Leh nk berfikir nak cipta ape. Sodehh
BalasPadam